Wednesday, June 24, 2009

PREBIU BUKU 22 JUN



Golongan wanita selalunya cenderung untuk menjaga kecantikan luaran sehingga melupakan perkara lebih penting iaitu kesihatan. Buku Hanya Wanita meneroka 1001 rahsia diri selenggaraan Norfadilawati Shamsawi terbitan Alaf 21 harus dijadikan panduan lengkap khusus untuk wanita memahami dengan lebih dalam beberapa masalah sakit puan, wanita dan kehamilan, rahsia dan kesihatan wanita.

Buku ini turut menyelitkan petua kecantikan yang boleh dipraktikkan agar wanita sentiasa sihat dan cantik. Segalanya dalam buku Hanya Wanita, selenggaraan Norfadilawati Shamsawi terbitan Alaf 21 ini.



Buku kedua, juga panduan yang harus diketahui setiap wanita untuk tampil anggun dan elegan setiap masa menerusi Imej : Diri Anda Aset Anda oleh perunding imej, Sharifah Shawati Syed Mohd terbitan Buku Prima.

Lengkap dengan pelbagai informasi mengenai imej dan personality, analisis warna yang bersesuaian, aksesori, solekan dan tatarias serta tips komunikasi yang meyakinkan di khalayak ramai. Bagi anda yang memang mementingkan gaya dan penampilan menarik, buku ini mampu menambahkan lagi pesona diri anda. Ketahui selebihnya dalam Imej : Diri Anda Aset Anda oleh perunding imej, Sharifah Shawati Syed Mohd terbitan Buku Prima

No comments:

Post a Comment